Tajuk Yang Berkaitan Dengan Peperiksaan Separa Perubatan

May 03

Fb-Button

Tajuk Yang Berkaitan Dengan Peperiksaan Separa Perubatan

Dianggarkan seramai 40,000 calon telah menduduki peperiksaan online Separa Perubatan Gred U29 pada Oktober 2014 yang lalu. Kekosongan yang ditawarkan ialah sebanyak 2,000 tempat sahaja.

Hal ini menyebabkan mereka perlu bersaing sesama sendiri bagi merebut peluang terhad yang ditawarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sudah pasti ramai yang akan tertanya-tanya, apa tajuk yang berkaitan dengan soalan peperiksaan Separa Perubatan Gred U29 tersebut?

Dapat disimpulkan bahawa sebahagian besar tajuk peperiksaan online Separa Perubatan Gred U29 yang keluar terdiri daripada bidang perubatan itu sendiri.

 

tajuk yang berkaitan dengan separa perubatan

Bidang Separa Perubatan mempunyai banyak cabaran.

 

Kemudian disusuli dengan kesihatan, pentadbiran, pemakanan dan ujian psikometrik. Berikut ialah penerangan ringkas tentang tajuk yang berkaitan dengan peperiksaan Separa Perubatan :

1. Osteoporosis dikenali dengan penyakit tulang yang mengalami kekurangan ketumpatan mineral tulang, perubahan mikroarkitektur tulang dan perubahan kuantiti protein bukan kolagen dalam tulang. Tulang osteoporosis senang patah kerana ia kurang kandungan kalsium.

2. Kardiovaskular merujuk kepada kecekapan sistem pernafasan dan sistem peredaran bagi menyalurkan oksigen secara konsisten untuk tempoh yang lama semasa menjalankan sesebuah aktiviti.

3. 1Malaysia ialah satu gagasan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke 6 iaitu AB Datuk Seri Najib Tun Razak tanggal 2 April 2009. Gagasan ini merujuk kepada 1 bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Setiap pihak haruslah bersama-sama untuk merealisasikannya. Pelaksanaannya dijalankan secara transfomasi.

4. KAR1SMA merupakan nama pendek untuk Kebajikan Rakyat 1Malaysia. Ia adalah medium untuk membangunkan masyarakat dengan bantuan secara holistik. Kira-kira RM1.4 bilion wang bantuan disalurkan kepada 500,000 orang yang layak termasuk warga emas, orang kelainan upaya, kanak-kanak, balu polis serta tentera dan komuniti.

5. Pusat Sumber Transplan Nasional (NTRC) ialah agensi kerajaan yang menguruskankan rekod data pengikrar pendermaan organ di seluruh Malaysia sejak tahun 1997. NTRC menjalankan dan mengendalikan urusan pendaftaran secara atas talian. Data pengikrar pendermaan organ dihimpun dan ditempatkan di dalam satu pangkalan data yang selamat di Pusat Data MyLoca, Cyberjaya.

5 tajuk di atas adalah sebahagian daripada tajuk yang berkaitan dengan peperiksaan Separa Perubatan Gred U29. Ia adalah contoh yang diberikan sebagai gambaran kepada anda. Jadi anda sudah boleh buat persediaan awal.

Jika anda mahukan rujukan yang berkaitan dengan peperiksaan Separa Perubatan Gred U29, terus dapatkan panduan di bawah :

 

 

Perlu diingat bahawa ia bukanlah soalan ramalan atau soalan bocor. Ia adalah pakej persediaan yang dihasilkan sebagai bantuan menghadapi peperiksaan.

Fb-Button

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

error: Content is protected !!