Nota Separa Perubatan Mengenai Slipped Disc

Nov 03

Fb-Button

Nota Separa Perubatan mengenai Slipped Disc

Slipped disc yang berlaku pada bahagian tulang belakang dikenali dengan Prolapsed Interverterbral Disc (PID). Ia dikenalpasti dengan pengalihan nucleus pulposes dari kedudukan biasa yang terletak di pertengahan disc. Peralihan ini akan mengakibatkan anggota badan menjadi lemah atau kebas. Pesakit tulang belakang ramai ditimpa slipped disc. Nota Separa Perubatan mengenai slipped disc ini akan membantu anda memahami slipped disc dengan lebih lanjut.

 

Punca-punca slipped disc

Slipped disc berlaku akibat proses penuaan pada disc tulang belakang. Ia berlaku akibat faktor genetic, nutrien, mekanikal dan trauma. Sakit belakang dikategorikan pada peringkat akut, berulang dan kronik. Biasanya sakit akut berlaku selepas batuk yang kuat, bersin, mencangkung untuk tempoh yang lama atau mengangkat barang yang berat dari lantai.

Punca sakit belakang datang dari :

  • Kelemahan otot stabiliti
  • Perubahan kepada disc
  • Patah tulang belakang
  • Postur tidak betul
  • Kecederaan otot

 

Gejala yang terjadi akibat Slipped dics :

  • Sakit belakang
  • Cauda equina syndrome (gagal kawal perkumuhan kencing atau berak)
  • Sindrom sciatica (rasa sakit, lemah dan kebas pada bahagian belakang anggota bawah)

 

Objektif rawatan fisioterapi :

  • Mengurangkan rasa sakit
  • Memperkuatkan otot belakang dan abdominal
  • Mengekalkan julat pergerakan badan
  • Meningkatkan julat pergerakkan badan
  • Membantu pesakit menjalani aktiviti harian secara maksimum tanpa rasa sakit

 

Kategori sakit belakang :

  • Sakit belakang akut. Dialami dalam masa 1 hari hingga 3 bulan
  • Sakit belakang kronik. Dialami dalam masa melebihi 3 bulan
  • Sakit belakang berulang. Dialami dalam masa kurang dari 3 bulan

Komplikasi yang berlaku akan membataskan aktiviti harian disebabkan sakit.

 

nota separa perubatan mengenai slipped disc

Slipped disc mempunyai risiko untuk berulang kembali pada pesakit yang sama.

 

 

Pencegahan sakit belakang yang boleh dilakukan

Postur badan yang betul diperlukan untuk keseluruhan posisi duduk, berdiri, baring dan ketika menjalani
Aktiviti harian dengan menitikberatkan langkah-langkah di bawah :

  • Ketika baring. Cari tilam yang berbentuk tegap untuk menyokong kedudukan tulang belakang dengan sebaik-baiknya. Pesakit dinasihatkan untuk mengambil posisi mengiring dan melengkungkan badan ke depan dengan bantuan bantal yang diletakkan antara 2 lutut.
  • Ketika berjalan. Pilih kasut biasa yang bertumit rendah dan selesa dipakai.
  • Ketika duduk. Pilih kerusi yang mempunyai tempat bersandar untuk sokongan tulang belakang. Sertakan bantal kecil untuk membantu sokongan di bahagian belakang.
  • Ketika berdiri. Rehatkan sebelah kaki berganti-ganti di atas kerusi kecil yang rendah jika berdiri dengan lama. Patuhi langkah keselamatan seperti cara mengangkat dan mengalih yang betul. Senaman perlu dilakukan secara tetap sambil menjaga berat badan. Langkah untuk mengamalkan kecergasan secara menyeluruh amat diperlukan untuk keberkesanan rawatan.

 

Rehabilitasi untuk pesakit slipped disc

Bagi sakit belakang yang akut, pek ais diperlukan untuk merawatnya. Balut pek ais menggunakan kain basah dan letak di bahagian yang sakit dalam masa 15 minit.

Rawatan hotpack untuk sakit belakang yang berulang dan kronik. Hotpack tersebut hendaklah dibalut dengan lapisan tuala yang cukup. Elakkan daripada suhu yang terlalu panas. Letakkan hotpack di tempat yang sakit dalam tempoh 20 minit. Elakkan daripada menyapu minyak panas di tempat tersebut.

 

Fb-Button

7 comments

  1. myliferia /

    Info yang sangat berguna. Kakak ipar saya sedang mengalami slip disc. Semoga beliau cepat sembuh dan kembali sihat sepenuhnya

    • admin /

      Saya rasa terpanggil untuk menulis artikel ni, emak mertua kena slipped disc.

  2. myliferia /

    Bagaimana pula dengan diet orang yang mengalami slipped disc? Makanan apa yang perlu dielakkan dan juga harus diamalkan? TQ

  3. rahimah /

    Office mate saya pernah kena slipped disc, cuti sakit hampir 2 bulan. Dh elok pun kadang-kadang kat leher tu ada pakai yang macam bandage tu. Teruk penyakit ni kalau kena. Kami kat office masa tu tension kena cover kerja dia sampai 2 bulan hu hu.

  4. suri /

    tak tahu apa makna dia..tapi kalau ada tawaran kena ambil tahu juga ya tak admin

  5. Mek ila Jual Vitamin /

    Memang ramai yang alami slipped disc. Memang kena jaga postur dan berhati-hati dalam pergerakan.

  6. Noriza Rahman /

    Ingatkan slip disc ni berlaku akibat kecederaan sahaja, rupanya banyak punca lain lagi yea

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

error: Content is protected !!